SALAM 1MALAYSIA,…
Bermula dari 4 Feb – 7 Feb, Kelab Kej. Rekabentuk Produk (PRODEC) Universiti Malaysia Perlis telah mengadakan lawatan ke UTeM Melaka, SIRIM Bukit Jalil, UiTM Shah Alam dan PWTC. Sepanjang program tersebut dilaksanakan, para pelajar telah diiring dengan beberapa orang pensyarah iaitu, Cik Suhaila, Cik Nurul Akmar, Encik Maliki dan Puan Sakinah.
Seramai 55 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 4 dan Tahun 2 telah melibatkan diri dalam lawatan sambil belajar ini. Bermula dengan destinasi pertama iaitu, Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) para pelajar telah diberikan taklimat mengenai mesin-mesin serta fasiliti makmal yang ada di sana selain pihak UTeM sendiri telah mengaturkan program ‘Engineering Talk’ yang mana para pensyarah mereka mempersembahkan kertas-kertas tesis mereka dan projek-projek yang mereka laksanakan di sana.
Destinasi berikutnya adalah di Malaysia Technology Expo 2010,PWTC. Di sana pelajar meluangkan masa hampir 3 jam untuk melihat hasil kerja innovasi dan rekabentuk produk baru yang mana ia turut disertai oleh UniMAP. Kemudian, lawatan diteruskan ke SIRIM Bukit Jalil yang mana ia juga kini dikenali sebagai Product Design Engineering Center. Di sana, peserta lawatan diterangkan dengan skop-skop kerja yang dilaksanakan oleh pihak SIRIM termasuklah ‘rapid prototyping’, ‘reverse engineering’, ‘SLA process’, ‘rubber mold process’, ‘vacuum casting’, serta ‘bio-modeling’. Program tersebut turut disertai oleh staf-staf SIRIM serta Head Program of National CAD/CAM, Mr. Victor Devadass.
Program terakhir untuk lawatan ini adalah di UiTM Shah Alam, di sana pihak pelajar Rekabentuk Industri,UiTM telah mengadakan sesi ‘demo sketches’ untuk pelajar UniMAP. Pelajar kita ditunjukkan dengan demo penggunaan ‘Sketchbook Software’ dan prinsip-prinsip asas menggunakan marker, color marker, pastel, brush dan sebagainya. Program diakhiri dengan perlawanan persahabatan futsal antara pelajar UniMAP dan UiTM Shah Alam.
Sekian Terima Kasih,
INSPIRATION becomes INNOVATION
0 comments:
Post a Comment